Translate

Tuesday, December 9, 2014

Kosong...


Hati ini kosong...
Jiwa ini sepi..
Aku cakap jujur tidak bohong...
Aku lihat sekeliling semua telah berpunya...
Satu demi satu sahabat-sahabatku terpisah denganku...
Dulu... Kami selalu bergurau ketawa dan bersiar-siar bersama...
Dulu... Kami selalu isi masa lapang sama-sama...
Kini semuanya tak macam dulu...
Dulu itu hanya tinggal kenangan...
Kini aku seorang di sini...
Menunggu apa aku pun tak pasti...
Merindui apa dan siapa aku pun tak mengerti...
Sekarang aku harus terima ini usia dewasa bukan remaja lagi...
Di usia ini kau akan sunyi apabila satu demi satu sahabat memulakan langkah baru...
Ternyata kita semua punya laluan hidup yang berbeza...
Bagaimana rapat pun persahabatan kita, perpisahan itu adalah pasti...
Suka atau tidak harus kita hadapi...
Tapi hati ini masih lagi meratapi kesunyian ini...
Aku mahukan seseorang namanya pendengar setia...
Aku perlukan seseorang namanya pembakar semangat saat aku patah sayap...
Aku inginkan seseorang yang boleh aku kongsi suka, duka, ketawa dan airmata bersama...
Aku perlukan seseorang yang akan menemankan aku sampai tua...
Masih adakah cinta sejati di luar sana untuk aku ini???
Masih adakah ia?


Puisi ini adalah nukilan saya selaku pemilik dan penulis blog ini (http://merpatiputih88.blogspot.com)
Sebarang bentuk penerbitan semula adalah dilarang sama sekali. Hak cipta terpelihara.

Tuesday, November 18, 2014

Cinta Perlu Jujur dan Ikhlas...


       Bila sebut saja tentang cinta ramai yang sudah dapat agak, entry nie mesti jiwang berjela-jela...  Baris ayat yang disusun mestilah berbunga-bunga... Malas saya nak buat mukadimah panjang-panjang...  Kita terus ajer ke topik utama yang kita nak bincangkan...Hehehehe... :p

Apa yang disebut cinta?
Cinta itu apa sebenarnya?
Cinta itu bagaimana rasanya?
Siapa yang mencinta dan dicinta?

Mari kita kenal dulu serba sedikit tentang cinta

        Baiklah, bila disebut tentang cinta ia berhubung kait dengan hati dan perasaan.  Kasih sayang yang lahir dari hati kita tak boleh paksa atau desak.  Ia lahir dan hadir secara semulajadi tanpa kita sedar dan tanpa sebab sebenarnya.  Sebab apa?  Sebab cinta itu boleh hadir pada insan yang jarak tempat tinggalnya jauh beribu kilometer malah ada yang merentas benua dan lautan (jadilah macam dalam drama cinta antara benua).  Cinta itu jugak boleh hadir tanpa mengira paras rupa fizikal seseorang seperti  warna kulit, ketinggian, berat badan dan sebagainya.  Cinta jugak boleh hadir tanpa mengira agama, bangsa, bahasa, keturunan, darjat, pangkat, harta, gred gaji, tahap pendidikan, usia,  kecenderungan minat hobi dan sebagainya.  Cinta itu boleh hadir walaupun awak dan dia itu banyak sangat perbezaan dan walaupun banyak pihak yang menentang awak tetap masih boleh sayangkan dia tanpa peduli cakap-cakap orang.  Cinta itu boleh lahir dalam hati walaupun awak dan dia belum pernah bercakap secara bersuara, atau belum pernah berjumpa atau sudah sekian lama tidak bersua muka.  


Itu adalah cinta.
Tapi bagaimana nak kekalkan rasa cinta yang ada itu?
Pasti setiap dari kita mahukan cinta itu terus berkembang mekar dan bukannya layu...
Sebenarnya ada dua kata kunci iaitu:

Jujur
Ikhlas

Oh jadi adakah setia dan percaya tak penting?
Bukan bermaksud begitu, setia dan percaya itu akan hadir selepas datangnya jujur dan ikhlas...


Jujur:

-Perlulah jujur dengan segala perbuatan, tingkah laku, dan tutur kata kita kepada pasangan

-Jangan di bibir kata lain di hati kata lain pulak! Heh :p

-Jangan berpura-pura atau hipokrit...

-Jangan paksa diri kalau tak cinta, cinta biar dengan jujur bukan dengan bohong. 

-Jadi karekter diri kita sendiri (jangan depan pasangan kita perangai lain, belakang pasangan kita lain pulak perangai)

-Apa-apa kekurangan pada hubungan kita cubalah dibawa berbincang dari hati ke hati. Haruslah saling terima teguran dan memaafkan kesilapan masing-masing. Serta berusaha untuk memperbaiki diri masing-masing agar dapat memperbaiki hubungan itu.


-Jika ada apa-apa perkara yang berbangkit yang boleh menimbulkan rasa cemburu, curiga, marah, benci, bengang, sentap juga perlu lah diluahkan secara berterus terang dan kalau boleh biarlah bersemuka serta bincang baik-baik. Oh ya, tapi perlulah jaga adab apabila berterus terang, jangan sampai ianya seperti menyimbah minyak ke dalam lohong api yang sedang marak pulak, karang makin terbakar pulak!  Kalau nak berterus terang tu kenalah tengok masa dan keadaan jugak ye, serta jangan lupa kawal intonasi suara...

-Jika ada apa-apa kelemahan pasangan kita yang membuatkan kita kecewa dengan dirinya, atau apa-apa perangai, tingkah laku, tutur katanya, fizikalnya atau penampilannya yang kita rasakan kurang sesuai serta boleh diperbaiki eloklah berterus terang.  Tapi semasa berterus terang tu perlulah jaga perasaan pasangan kita jugak.  Perlulah jaga adab ketika berterus terang.  Biarlah berdua antara kita dengan dia sahaja.  Jangan sesekali kita beritahu orang sana sini tentang kelemahan pasangan kita itu, jangan kita  update status kat facebook bila tak puas hati dengan perangai dia tapi bila berdepan kita berpura-pura semuanya ok...


-Jika kita ada masaalah atau hubungan kita bersama pasangan kita itu dirasakan sedang bermasaalah, berterus teranglah. Agar segala punca masaalah boleh dikenal pasti, dan masaalah itu boleh diselesaikan.  Adalah lebih baik kita berterus terang dengan pasangan kita, daripada kita jaja cerita masaalah kita itu kepada orang lain.  Ianya secara tak langsung memberi ruang kepada si batu api yang sentiasa tak gembira melihat kita gembira bersama pasangan.  Si batu api akan menggunakan peluang keemasan ini untuk terus menghasut kita supaya meninggalkan pasangan kita dan menambahkan masaalah yang kita ada dengan menambah rasa marah, benci dan curiga    Ianya juga seolah-olah membuka ruang dan peluang yang amat luas buat si perampas, kerana apabila dia telah mengetahui segala masaalah kita bersama pasangan dan segala kekurangan yang kita miliki dia pula akan curi peluang ini untuk merampas kedudukan kita dalam hati orang yang kita cintai itu.


-Jujurlah dan berkata benarlah dengan pasangan.  Segala apa yang kita hadapi perlulah dibincang dan diselesaikan dengan elok.   Jangan sesekali mencari alasan untuk curang hanya kerana pasangan kita itu punya kekurangan.  Sedangkan  selama ini kita sendiri pun tidak pernah berterus terang dengan pasangan kita tentang apa yang kita kurang berpuas hati atau kurang berkenan.  Itu tidak adil namanya bila ada masaalah atau kekurangan pasangan terus ambil keputusan untuk curang, tanpa beri peluang untuk pasangan berubah kearah lebih baik dan tanpa pernah berbincang dari hati ke hati.


Ikhlas

-Cinta biarlah dengan seikhlas dan setulus hati. Ha...Bacalah madah yang saya buat nie...hehehe..:-

"Cinta hanya  kerana paras rupa yang cantik atau tampan pasti takkan kekal lama sebab yang cantik atau tampan itu pasti akan dimamah usia tua dan akan muncul garis-garis kedut di wajahnya. "

"Cinta hanya kerana tubuh badannya yang langsing pasti takkan kekal lama, kerana yang langsing itu apabila bertukar menjadi gempal dan buncit pasti cinta itu akan hilang."


"Cinta kerana nafsu semata-mata pasti takkan kekal lama, kerana apabila nafsu itu berpindah pada insan lain pasti cinta itu juga berpindah.  Apabila apa yang dihajati oleh nafsu telah terlaksana pasti cinta itu dibiar layu sendiri sampailah cinta itu mati dengan sendiri."


"Cinta semata-mata kerana wang, harta atau darjat pasti takkan kekal lama, kerana apabila wang, harta dan darjat itu sudah tiada maka cinta itu juga boleh lenyap dengan sendirinya."


"Biarlah cinta dengan seikhlas dan setulus hati. Jangan cinta kerana terpaksa atau dipaksa, terdesak atau mendesak."

"Cinta itu saling melengkapi apa yang kurang, cinta itu saling mengisi kekosongan yang ada disegenap ruang..."


"Jika kita boleh terima kelebihan pasangan kita, terima lah kelebihan itu bersama-sama kekurangan yang ada pada dirinya sekali.  Kita semua manusia biasa, tiada yang terlalu sempurna dalam diri manusia biasa.  Setiap orang biasa pasti ada kekurangan.  Setiap orang biasa juga tak lepas dari kesilapan. Jadi jangan diungkit-ungkit kesilapannya yang lalu dan jangan dijaja-jaja kekurangan dirinya. Tapi bimbinglah dia, nasihati dan tegurlah dia dengan cara berhemah.  Jangan terlalu mencari kelemahan dan kekurangan pasangan kita sehingga menutupi segala kelebihan yang dia ada, jasa, bakti dan pengorbanan dia kepada kita.  Sedangkan kita sedar, diri kita juga bukanlah sempurna 100% tiada kelemahan dan tiada kekurangan.  Jangan banding-bandingkan pasangan kita dengan orang lain, kerana setiap individu ada karekter mereka yang tersendiri.  Sebaiknya hargai pasangan kita seadanya..."


"Cintailah pasangan kita disaat senang dan susah, kaya dan miskin, berharta dan tidak berharta. Cintailah pasangan kita disaat dia muda sehinga dia tua Cintailah pasangan kita disaat wajahnya licin sehingga wajahnya penuh kedut.  Cintailah pasangan kita disaat dia senang dan susah, disaat dia bahagia dan berduka, disaat dia gembira dan menderita.  Cintailah pasangan kita disaat dia sihat dan sakit, malah cintailah dia sehingga ke akhir hayatnya.  Jadilah peneman saat dia mahukan teman, jadilah pendengar yang setia saat dia mahukan kamu sebagai pendengar segala masaalahnya. Jadilah pemberi nasihat, pembakar semangat saat dia jatuh, sedih dan kecewa, jangan pula kamu menambah masaalah dan beban yang dia ada serta melemahkan semangat dia.  Jadilah penimpan rahsia yang boleh dipercaya, jadilah seorang yang beramanah saat dia berikan kamu amanah.  Jadilah pencinta yang jujur dan ikhlas mencintainya."


"Jika kamu benar mencintainya kamu bukan hanya perlu sayang dirinya, tapi kamu perlulah menyayangi dan menghormati ibu bapanya serta keluarganya.  Kamu perlulah boleh menerima rakan-rakannya, hobi dan apa yang dia suka (asalkan ianya bukanlah hobi yang melanggar syariat) "



Apabila kamu dan dia saling jujur, barulah boleh ada rasa percaya di dalam diri masing-masing.  Jika cinta itu hadir dari hati yang ikhlas, barulah rasa bertolak ansur itu akan ada dan barulah setia itu akan wujud.  



Coretan ini hanyalah sekadar nukilan dan pandangan peribadi sepenuhnya oleh saya selaku pemilik dan penulis blog ini (http://merpatiputih88.blogspot.com/) Sebarang kekurangan harap dimaafkan... Tercetusnya ilham nak menulis artikel ini di blog saya selepas saya terbaca satu artikel berkaitan pasangan yang curang (Tajuknya: Pengakuan Suami Curang) di sebuah akhbar tempatan beberapa jam yang lalu...

Akhir kata, semoga kita semua beroleh cinta yang bahagia kekal hingga akhir hayat seperti gambar dibawah ini...ehehehe..:) ;)

Friday, October 24, 2014

Puisi: Jagalah Hati...




     
Jagalah hati kita...
Jangan sampai ia terluka dan remuk...
Jangan biarkan ia kecewa, menderita dan merana...
Jangan biarkan ia mengantung harapan pada yang tak sudi...
Jagalah hati kita...
Janganlah simpan dendam di dalamnya...
Janganlah simpan amarah dan benci lama-lama...
Jangan ada hasad dengki dan iri hati di dalamnya...
Jagalah hati kita...
Supaya kita sentiasa mempunyai rasa simpati dam empati...
Sentiasalah simpan rasa belas kasihan...
Jagalah hati kita...
Harus sentiasa ada rasa ikhlas di hati kita...
Harus sentiasa memaafkan setiap kesalahan orang kepada kita...
Harus sentiasa meminta maaf kepada orang yang terluka kerana kita....
Harus sentiasa berterima kasih atas setiap kebaikan orang walaupun cuma sebesar zarah...
Harus sentiasa mengenang kebaikan budi pekerti oran dan membalas kebaikkanya itu...
Harus sentiasa menghulurkan bantuan dan pertolongan walaupun dilihat kecil...
Harus sentiasa bersedekah dan memberi walaupun sedikit...
Jagalah hati kita...
Senyumlah sentiasa...
Usah dilemparkan rasa amarah dan benci pada orang yang tak punya salah pada kita...
Jagalah hati kita...
Kerana kelak kita akan sentiasa mejaga hati insan disekeliling kita...
Jagalah hati kita...
Dekatkan hati kita dengan Tuhan...
Latihlah hati kita agar sentiasa berzikir dan berselewat...
Latihlah hati kita agar sentiasa bertaubat atas segala kesalahan dan kesilapan yang kita buat...
Selalu lah ingat akan kematian...
Sentiasa lah membaca dan mengamalkan Al-Quran dalam kehidupan...
Jagalah solat dalam kehidupan harian...
Kerana hanya dengan cara ini kebahagiaan sebenar akan kita dapatkan...




  Q:-     Apa dia benda yang boleh jadi paling baik dan yang boleh jadi paling buruk dalam diri manusia....?

A:- Hati...  Kerana hati boleh menjadi baik dan boleh menjadi sebaliknya iaitu buruk dan tidak baik bergantung kepada tuan empunya hati itu sendiri...  Jadi kesimpulannya amatlah penting untuk kita menjaga hati...  Akhir kata salam Jumaat buat semua... :)




P/s: puisi ini adalah luahan idea saya selaku pemilik dan penulis blog ini... http://merpatiputih88.blogspot.com/
segalah hak cipta adalah terpelihara...  Sebarang bentuk penerbitan semula adalah dilarang sama sekali...

Kredit gambar: Google image

Saturday, October 11, 2014

Kerana Sabar Itu Indah...

Disaat kamu sedang melalui ujian hidup, bersabarlah...
Disaat kamu ditimpa pelbagai bencana dan musibah, bersabarlah...
Disaat kamu gagal dalam pelajaran atau perniagaan , bersabarlah...
Disaat kamu gagal memburu impian dan cita-cita, bersabarlah...
Disaat kamu stress, bersabarlah...
Kerana apa???
Kerana sabar itu indah...
Mengapa???



      Tidak lah diturunkan hujan itu melainkan untuk kesejahteraan makhluk di muka bumi ini jua...
Begitulah juga dengan dugaan hidup...Tidaklah terjadi sesuatu melainkan akan ada hikmah disebaliknya. Ianya mungkin tidak dapat dilihat oleh kita  pada hari ini tetapi pasti ada sesuatu yang indah menanti kemudian hari...


          Contohnya jika kamu gagal dalam peperiksaan, mungkin ia akan menjadikan kamu lebih gigih berusaha dan belajar untuk lebih fokus di dalam kelas serta lebih bijak membahagikan masa.  Ianya juga mungkin akan memberikan kamu kesadaran tentang bertapa pentingnya untuk belajar bersungguh-sungguh. Contoh lain, jika kamu gagal dalam perniagaan makanan, mungkin kerana kamu kurang memasarkan produk kamu, mungkin kerana lokasi kurang strategi  atau harga dan kualiti makanan yang kurang memuaskan hati pelanggan.  Lantas jika kamu berusaha mengubah kelemahan dalam perniagaan tersebut mungkin kamu akan lebih berjaya pada masa depan. Jika perniagaan makanan bukanlah minat dan bidang yang kamu kuasai, maka kamu boleh mencuba bidang perniagaan lain yang lebih kamu minati dan kamu sendiri lebih berkemahiran serta berpengalaman.  


           Contoh lain, jika kamu minat dalam bidang kedoktoran tetapi apabila kamu memohon untuk sambung belajar ternyata nasib tidak menyebelahi kamu. Kamu gagal mendapatkan kursus yang kamu idam-idamkan.  Kemudian kamu telah terpilih untuk menyambung pelajaran dalam bidang kejuruteraan. Pada mulanya kamu tidak minat, lama-kelamaan minat itu mula bercambah.  Kamu belajar bersungguh-sungguh kemudian berjaya menaamatkan pengajian dan bergelar pelajar terbaik.  Setelah itu kamu bekerja dan akhirnya kamu membuka perniagaan sendiri serta menjadi kontrator yang berjaya dan ternama. Kamu bergelar jutawan. Pasti selepas itu, kamu dapat merasa kemanisan selpas impian pertama kamu itu gagal. 



          Contoh lain, jika kamu  memohon untuk melanjutkan pelajaran tetapi kamu gagal menempatkan diri kerana result SPM kamu yang tidak seberapa.  Mungkin juga kamu dapat melajutkan pelajaran tetapi kamu mempunyai komitment lain seperti perlu mejaga ibu ayah yang sakit, adik-adik yang masih kecila serta masa kewangan yang begitu meruncing.  Jangan menangis.  Kerana selain dari menyambung pelajaran di IPT kamu boleh mencuba pelbagai lagi alternatif lain.  Kamu boleh mencuba mengambil kursus-kursus kemahiran, kursus jangka pendek untuk meningkatkan kemahiran kamu.  Setelah itu mungkin kamu boleh memulakan perniagaan kecil-kecilan secara part-time seperti membuat kek misalnya.   Setelah business kamu berjaya kamu boleh membuka kedai sendiri dan mula mengembangkan business kamu itu.   Selain itu, kamu juga boleh bekerja untuk menambah pengalaman sedia ada dan setelah itu menyambung pelajaran secara separuh masa.  Mungkin ianya menuntut komitment yang tinggi.  Tapi jika kamu fokus dengan matlamat, bersunggu-sungguh berusaha, pasti kamu akan berjaya kelak.  Cuba kamu bayangkan kamu punya pengalaman dan punya ijazah dalam genggaman, pasti disitu kamu sudah ada kelebihan apabila melalui sesi temuduga kelak berbanding dengan mereka yang fresh graduate tetapi tiada pengalaman bekerja.  Kerana kamu memilih untuk menolak untuk menyambung pelajaran di IPT pada awalnya tadi pasti ada kemanisan tersembunyi.  Kamu dapat berbakti pada ibu ayah yang sedang sakit, dapat membantu kewangan keluarga, dapat menolong meringankan beban ibu bapa untuk menaggung adik-adik yang masih kecil, selain dapat menimba pengalamn bekerja dalam usia yang masih muda setelah itu berjaya pula menggengam segulung ijazah dalam pengajian separuh masa.  Tentu kejayaan kamu itu lebih berharga serta lebih manis bukan?


            

       Contoh lain, jika kamu sedang jatuh cinta dan kamu terlalu menyayangi kekasih kamu yang kamu cintai bertahun-tahun lamanya.  Pada suatu hari kamu mengetahui yang dia itu curang di belakang kamu.  Sudahnya si dia itu beralih arah mencintai orang lain dan meninggalkan kamu yang terlalu sayang padanya.  Jangan kecewa. Biarkan saja si dia itu dengan pasangan barunya.  Jangan digangu , jangan membalas dendam serta jangan pula kamu cuba merampas si dia kembali.  Semuanya ada hikmah, bukankah lebih baik mengetahui tembelang si dia yang curang dan suka berfoya-foya itu sebelum kamu mengahwininya. Bukankah lebih baik putus kasih atau putus tunang berbanding bercerai apabila tlah berkahwin dan punya ramai anak kelak?  Mungkin juga ianya memberikan kamu kesedaran bahawa usaha keterlaluan dan mendewa-dewa cinta manusia konon digelar cinta agung, sedangkan kamu sendiri lupa pada cinta yang lebih utama iaitu cinta kepada Tuhan yang mencipatkan kita semua iaitu Allah  SWT...



       Akhir kata dari saya, Jika kita sedang dilanda masaalah atau dugaan bersabarlah, jangan jadikan masaalah dan dugaan kita itu sebagai pematah semangat yang meyebabkan kita jatuh tersungkur, tetapi bangunlah dan terus berlari memburu impian.  Hidup ini adalah perjalanan... Maka berjalanlah dengan tenang, usah terburu-buru, usah tergopoh gapah, usah berjalan dengan lemah longlai tiada semangant dan usah juga berjalan dengan sombong dan bongkak.  Tetapi berjalanlah menggunakan akal fikiran dan hati serta budi pekerti.  Percayalah bahawa setiap yang berlaku pasti ada hikmah, pengajaran dan kemanisan yang tersembunyi yang kita sendiri tidak ketahui. Kita merancang, Allah SWT juga merancang, tetapi ketahuilah dan sedarilah oleh kita bahawa Allah SWT itu adalah sebaik-baik perancang... 


       

P/s: Entry ini adalah luahan dan lontaran idea picisan saya selaku pemilik dan penulis blog ini (http://merpatiputih88.blogspot.com/). Kredit gambar google gambar, google image...
          

Saturday, September 13, 2014

Soalan Periksa Bocor? Jangan Tipu Diri Sendiri...



         Sekarang nie tengah kecoh sana sini berita pasal soalan peperiksaan UPSR yang telah dibocorkan... Kenapa mesti jadi begitu?  Perkara ini tidak sepatutnya berlaku, kerana ini peperiksaan tahun enam cuma penentu sama ada adik-adik ini dapat di tempatkan di sekolah berasrama penuh atau tidak sahaja. Ianya bukanlah soalan peperiksaan penentu masa depan macam SPM...


     Mungkinkah budaya orang kita yang gemar bertanya kepada rakan sekerja, jiran-jiran, saudara mara dengan soalan cepu emas seperti : "Anak awak dapat berapa A?" "Anak awak dapat belajar di sekolah berasrama penuh ke tidak?" dan mungkin ini juga secara tidak langsung memberikan sedikit tekanan kepada ibu bapa untuk memastikan anak-anak mereka berjaya dapat straight A's.  Lalu tekanan ini dicurahkan pula kepada anak-anak mereka, agar mereka sentiasa cemerlang dalam akedemik dan sukan.  Lebih memberi tekanan andai anak pertama mendapat straight A's, maka adik-adik yang lain juga harus mengekalkan rating itu untuk keluarga mereka.



         Menjadi satu budaya juga zaman sekarang ini dimana setiap sekolah berlumba-lumba untuk mengejar rating sekolah yang paling terbaik dalam bidang akademik mahupun kokorikulum.  Jadi setiap guru-guru juga terbeban untuk memastikan sekolah mereka sentiasa mendapat rating yang paling terbaik setiap tahun.  Rating sekolah perlu dijaga, biarlah ia sentiasa meningkat dan bukan menunjukkan sebarang penurunan. Rating ini bagus juga, sebab ia memberi saingan antara sekolah-sekolah untuk melahirkan pelajar yang cemerlang dan berprestasi tinggi.  Sekaligus ia menjadi pemangkin motivasi kepada para pelajar untuk meningkatkan prestasi sekolah mereka.

      
      Buat adik-adik calon UPSR yang terpaksa menduduki semula kertas soalan peperiksaan itu, kakak ucapkan semoga berjaya.  Kamu anggap sajalah yang peperiksaan yang telah kamu duduki itu sebagai soalan percubaan UPSR sahaja. Cuba think positive ye.  Jaga emosi kamu dan jangan terlalu stress dan terbeban, kerana peperiksaan sebenar bakal kamu duduki (buat kali kedua) iaitu pada 30 September.  Ketahuailah akan adik-adik yang menduduki peperiksaan buat kali kedua dan bukan atas kesilapan yang dibuat oleh adik-adik bukanlah sesuatu yang perlu adik-adik berasa malu hingga menyebabkan adik-adik mahu mengurung diri, tidak mahu makan dan bercakap.  


   Sekiranya adik-adik gagal dalam sebarang peperiksaan, sedangkan adik-adik telah belajar dengan baik dan telah mencuba bermacam-macam usaha serta telah berdoa. Sabar.  Mungkin  ada sesuatu yang perlu adik-adik belajar. Gagal dalam peperiksaan bukan bermaksud kita ini individu yang gagal dalam hidup kita secara keseluruhannya. Adik-adik boleh cuba lagi. Malu? Untuk apa mahu malu. Jujur dengan diri sendiri adalah kunci keberkatan hidup.  Jangan menipu diri sendiri.  Untuk apa andainya adik-adik berjaya memperoleh straight A's tapi dengan cara yang salah iaitu hasil menipu, berbohong, meniru dan sebagainya?  Sekiranya adik-adik menipu dalam peperiksaan kemudian berjaya ditawarkan ke sekolah berasrama penuh, kemudian  adik menipu lagi dalam peperiksaan kemudian berjaya ke universiti, kemudian menipu lagi dalam peperiksaan dan akhirnya berjaya mendapat jawatan tinggi. Adakah pekerjaan dan gaji yang diperolehi hasil dari usaha pembohongan sebelum ini sesuatu yang berkat???

            Mungkin dalam peperiksaan adik-adik boleh menipu, tapi sedarlah yang penipuan itu takkan selamanya akan menyelamatkan adik-adik.  Kerana dalam bidang pekerjaan / perniagaan tidaklah semudah menjawab soalan peperiksaan. Hidup kita juga taklah semudah itu.  Jadi, adakah selamanya adik-adik harus menipu dan meniru idea orang lain tanpa pernah mahu mengeluarkan idea sendiri yang lebih kreatif lagi bernas?  Jadilah insan yang tidak takut dengan kegagalan dan kritikan nescaya adik akan berjaya.  Kerana apa? Kerana dalam hidup kita ini adalah normal untuk kita merasa kegagalan, kehilangan atau kesedihan.  Biarlah kita berjaya atas usaha kita yang sebenar dan menggunakan idea serta tenaga kita sendiri pasti kejayaan itu lebih indah dan lebih manis.  Janganlah menggunakan cara yang salah untuk berjaya.  Untuk apa kita dipuji dan disanjung andai kejayaan kita itu hasil dari usaha kita yang banyak berbohong?

             Untuk kamu yang terlibat secara langsung atau tak langsung dalam berbohong semasa peperiksaan (tak kiralah peperiksaan apa pun). Satu saja saya nak pesan, "sepandai pandai tupai melompat akhirnya jatuh ketanah jua" ,  penipuan kamu itu lambat laun akan terbongkar juga.  Untuk apa kita berjaya dengan usaha yang salah? Lebih baik kamu soal diri sendiri, adakah kamu mahu berjaya untuk masa depan yang lebih cemerlang atau semata-mata kerana takut dengan kritikan dan semata-mata mahu mendapat nama serta menjaga Rating semata-mata. Buat kamu yang terlibat dalam pembocoran soalan peperiksaan ini, satu saja saya nak pesan :  Janganlah jadikan masa depan anak-anak kecil sebagai mangsa kamu yang tamak itu, kasihanilah mereka-mereka yang jujur dan tidak bersalah dalam hal ini. "Kerana nila setitik itu rosak susu sebelanga". Kerana perbuatan kamu yang tidak berntanggungjawab itu ternyata ianya telah menyusahkan banyak pihak dan telah menghampakan banyak hati yang menaruh harapan tinggi.


   Namun soalanya adakah kita hari ini hanya mementingkan berapa banyak A yang tertulis dalam setiap slip peperiksaan yang mereka duduki? Adakah hanya itu sahaja penentu masa depan mereka?


Entry ini adalah nukilan sepenuhnya saya selaku penulis dan pemilik blog ini (http://merpatiputih88.blogspot.com). Maaf andai ada kekurangan dimana-mana.  Idea untuk menulis entry ini tercetus secara spontan, dan  sekadar bekongsi pendapat berdasar dari pengalaman hidup saya. Saya sendiri pernah sekali mengulang semester ketika di politeknik dulu.  Seumur hidup saya memang tidak pernah sekalipun meniru dalam mana-mana peperiksaan. Kerana saya percaya yang rezeki itu Allah yang tentukan, dan saya percaya yang biarlah kita berjaya atas usaha kita sendiri.  Biarlah  kita berjaya untuk masa depan kita dan bukan berjaya semata-mata kerana takut apa yang orang akan kata pada kita.  Dalam hidup ini jatuh bangun itu semua perkara biasa. Cumanya kita harus bangkit dari kejatuhan dan kegagalan masa lalu kita..

Sunday, September 7, 2014

Perempuan Bukan Lemah, Tapi Gagah...


Perempuan sering kali dianggap lemah...
Tapi dalam kelemahan itu ada juga terselit kekuatan...
Ia tiada pada lelaki tapi hanya pada perempuan...
Selemah-lemah perempuan tetap kuat menghadapi PMS / Period Pain setiap bulan...
Ia mungkin di ejek sebagai makhluk yang kuat emosi,
Tapi sebenarnya perempuan itu lebih tabah, kuat dan sabar menghadapi tekanan / dugaan...
Walaupun dianggap lembik, tabah jua dia membawa perut sembilan bulan sepuluh hari...
Selemah-lemah wanita itu sabar jua dia hadapi dugaan pening dan muntah-muntah setiap kali mengusung bayi dalam rahimnya dia...
Walau dianggap lembik dan lemah, tapi golongan yang lembik dan lemah inilah jua yang sanggup bertarung nyawa untuk melahirkan bayi kedunia...
Selemah-lemah perempuan itu, kuat jua dia berdikari hidup di kaki sendiri...
Cuba lihat sekeliling, 
Ada saja wanita yang bergelar ibu tunggal mampu membesarkan anak-anak nya sendiri walaupun dirinya telah dicerai insan bernama suami.. 
Rajin juga dia bekerja saban hari untuk memberi makan anak-anak setiap hari...
Walaupun dianggap sebagai makhluk yang kuat emosi, tapi dia sebenarnya mahluk yang sibuk dengan tugasan dan tanggungjawab di rumah dan di tempat kerjanya dia..
Di tempat kerja perlu bekerja untuk ketua, perlu urus semua hal-hal pejabat dan semuanya...
Pulang ke rumah perlu urus makan minum untuk keluarganya pula, perlu kemas rumah, kemas baju semua dan perlu curahkan sepenuh jiwa kasih sayang buat keluarganya dia...
Bagi yang bergelar suri rumah, bukan bermaksud masanya dihabiskan 24jam boleh berehat...
Banyak perkara perlu diurus, hal rumah, makan minum, anak-anak dan pelbagai lagi...
Ada juga yang menjadi peniaga online, sambil berniaga sambil menguruskan anaknya juga....
Ternyata menjadi seorang perempuan itu bukan mudah sebenarnya..
Perlu tahu bahagi masa antara kerjaya dan keluarga...
Jadi buat lelaki, usah mudah menuduh perempuan ini kuat emosi,
Jika kamu sendiri tidak pernah cuba memahami isi hati dan tekanan yang sedang dia hadapi,
Behenti mengata itu dan ini,
Tapi jadilah pasangan yang memahami, yang mengambil berat perasaan seorang perempuan itu,
Jadilah ketua, suami, ayah atau abang yang melindung bukan mendera atau memberi tekanan emosi...
Fahamilah bahawa disebalik kelemahan perempuan itu terselit kekuatan sebab itu tanggungjawab kepada keluarganya juga besar...
Selamah-lemah perempuan itu ramai juga yang berjaya dalam akademik, kerjaya mahupun perniagaan...
Perempuan yang lemah itu juga mmapu menjawat jawatan yang banyak dipelopori lelaki...
Perempuan yang diejek lembik dan kuat emosi itu, adakalanya lebih teliti , berhati-hati  dan tegas apabila menjadi ketua..
Jadi jangan mudah mengejek perempuan ini lembik,
Kerana disebalik kelemahan ada kekuatan dan keistimewaan...
Jadi hargailah gadis dan wanita disekeliling kamu, sayangi , lindungi dan hargai mereka...


P/s: Entry ini adalah hasil nukialn saya sepenuhnya selaku pemilik dan penulis blog merpatiputih88.blogspot.com Sebarang kekurangan harap dimaafkan... Sepatutnya saya terbit kan pada sambutan hari wanita, tapi tidak kesampaian kerana busy masa tu.. Ok lah, selamat malam dan selamat berhujung minggu... :) ;)






Friday, September 5, 2014

Saya Sayang Blog Saya!

           

           Chewah.... tajuk kemain semangat gitu...Dah lama betul saya tak update blog macam dulu-dulu kan...? Kalau scroll balik tahun-tahun sebelum banyak betul entry kat blog ni...Tahun nie jer jadi macam ginie... Jarang nak update blog pun dah bersawang akibat jarang-jarang nak jengah dah sekarang ni kan... Akibat dah terlampau bersawang tetiba boleh masuk pulak malware kat blog kesayangan nie.... Fuhh nasib baik lah boleh buang malware tu.. Kalau tak habis semua entry yang saya dah taip semua hilang tak ke nangis... Dup dap dup dap jugak jantung saya tadi dah macam nak kena serangan jantung pun ada... Sape yang tak sayang blog sendiri? Dah bertahun kot kita menulis segala curahan isi hati dan idea kat sini... Segala puisi lah, cerpen, ilham bicara berkongsi pendapat... 

            

        Saya pun memang minat menulis, hobi masa kecik-kecik sampai remaja suka tulis diari dan kumpul stamps.. Bila dah remaja gitu siap buat buku tulisan tangan untuk tulis segala puisi / curahan hati kat dalam tu..Saya tulis puisi ni dari zaman remaja lagi, dengan tajuk puisi pertama yang saya cipta sendiri tu bertajuk : Bangkitlah Wahai Remaja. Tajuk bersemangat sangat..! Puisi tu dapat ilham dari mimpi, masa tu khusyuk sangat nak buat kerja kursus sejarah untuk PMR tahun 2003. Puisi tu pernah masuk dalam majalah sekolah saya iaitu majalah JASA edisi tahun 2005.. Sayang seribu kali sayang semua majalah sekolah, stamps album, diari dan buku puisi tu punah dan hancur akibat di mamah anai-anai..(T___T) Habis hancur semua kenangan dan hasil tulisan, dan stamps pulak dah banyak yang saya kumpul... (T___T) 

       Jadi sebab itulah saya memilih platform blogger nie untuk tinggal kan segala hasil karya yang tak seberapa tu kat sini... Kat sini jugaklah tempat saya nak berkongsi idea, pendapat dan pandangan dengan awak semua... Terima kasih saya nak ucapkan sebab sudi baca entry saya yang tak sebarapa, sudi singgah blog saya, sudi tinggalkan comment kat sini dan sudi jadi kawan blog saya... Walaupun tahun nie saya jarang sangat update blog tapi masih ade yang sudi datang ke blog picisan yang tak seberapa nie.. (T____T) Saya janji, InsyaAllah saya akan luangkan masa untuk update blog nie seberapa kerap yang boleh dan blog walking secara aktif macam dulu-dulu... Saya sayang sangat kat blog nie, sebab saya memang minat menulis. Pernah masa kecik simpan angan-angan mahu jadi penulis novel takpun majalah, tapi tak kesampaian.. Jadi dengan platform blogger nielah saya boleh capai cita-cita saya tu... Jadi saya taknak kehilangan blog yang saya sayang nie...(T____T) Kalau boleh saya nak jadikan blog nie kenangan yang abadi sampai bila-bila. Bila saya dah takde kat dunia nie lagi, semoga tulisan-tulisan saya ini terus menjadi kenangan buat awak semua... :) Itulah harapan saya...


Sekian saja contengan dari saya, harap jumpa lagi lain masa...Selamat Malam semua... :) ;)
kredit gambar: google image... 

Saturday, August 23, 2014

Puisi: Langit Merah Peristiwa Tujuh Belas...


Langit itu kelam semakin suram,
Tiada cahaya mentari seperti biasa,
Yang tinggal hanyalah awan hitam,
Bersama khabar yang kelam,
Lalu awan  itu pun menitiskan air mata,
Menangisi peristiwa pilu itu,
Langit itu pun menjadi merah,
Menjadi tanda tragedi berdarah,
Lantai Bumi dirobek tragedi itu,
Meninggalkan bekas luka semakin parah,
Lalu mengalirlah darah itu ke tanah,
Tanah itu menjadi pemangku yang memeluk jenazah,
Tanah itu kini tidak berseri lagi,
Kerana ia turut sama menangisi peritiwa itu,
Tujuh Belas Julai Dua Ribu Empat Belas menjadi saksi peristiwa itu,
Sungguh tarikh itu akan diingati untuk selamanya,
Oleh manusia sekalian dunia,
Dua Puluh Dua Ogos Dua Ribu Empat Belas menjadi hari berkabung negara,
Membawa jenazah MH Satu Tujuh pulang bersama tangisan hiba,
Sungguh peritiwa itu menjadikan hati semakin lara,
Seperti ditoreh belati berduri terasa pedihnya,
Meninggalkan luka yang tidak akan dilupa...



p/s: Puisi ini adalah nukilan sepenuhnya saya selaku pemilik dan penulis blog ini                                               (http://merpatiputih88.blogspot.com/) . Hak Cipta Terpelihara. Sebarang bentuk penerbitan semula adalah dilarang sama sekali.... Akhir kata salam takziah buat semua keluarga dan sahabat handai mangsa tragedi MH 17. Semoga anda semua tabah selalu. Al-Fatihah...

Wednesday, July 30, 2014

MH 17 Dalam Kenangan...





                  

            Pada 17.07.2014  pesawat Boeing 777-200 iaitu MH 17 milik Malaysia Airlines (MAS) telah ditembak jatuh dan telah terhempas di wilayah Donetsk iaitu di timur Ukraine dan bersempadan dengan Russia ...Pesawat ini telah berlepas dari Amsterdam pada jam 12.15 pm (waktu Amsterdam) dan dijangka tiba ke Kuala Lumpur pada jam 6.10 am (waktu Malaysia)...Pesawat ini telah berusia 17 belas tahun iaitu kali pertama berlepas pada 17.04.1997...

Nahas pesawat  ini mengorbankan 283 penumpang dan  15 kru  iaitu:-

Belanda : 192 orang
Malaysia: 44 orang
Australia: 27 orang
Indonesia: 12 orang
Jerman : 4 orang
Belgium: 4 orang
Filipina: 3 orang
Kanada: Seorang
New Zealand: Seorang

Berikut adalah foto-foto di lokasi nahas MH 17:-






        Sekali lagi Malaysia bersedih... Selepas 4 bulan lebih kita mengalami tragedi pesawat milik MAS iaitu  MH 370 yang hilang dan hingga kini masih belum berjumpa, kini kita sekali lagi berdepan dengan tragedi kapal terbang.

      Selang beberapa hari selepas itu, iaitu 23.07.2014 pesawat TransAsia milik syarikat penerbangan taiwan pula terhempas dan mengorbankan 48 orang... Beberapa hari selepas itu, iaitu pada 25.07.2014 pesawat milik Algeria iaitu AH5017 - AirAlgerie pula terhempas dan mengorbankan 188 orang...

     Salam takziah buat semua keluarga dan rakan taulan kepada mangsa yang terkorban dalam nahas MH17 TransAsia dan AirAlgerie dan  tidak di lupa buat keluarga dan sahabat handai mangsa pesawat yang hilang tapi sehingga kini masih belum ada khabar berita iaitu MH 17..Semoga anda semua sabar dan tabah dalam menghadapi dugaan yang sebegini besar.



Al- Fatihah...



Sumber rujukan:


http://www.malaysiaairlines.com/mh17

http://www.nst.com.my/node/19186

http://www.astroawani.com/news/category/mh17

http://www.astroawani.com/news/show/apa-yang-terjadi-kepada-mh17-40243

http://www.cbc.ca/news/world/transasia-flight-ge222-crash-likely-due-to-bad-weather-officials-1.2716437

http://www.ibtimes.com/transasia-crash-survivors-crawled-wreckage-borrowed-cell-phones-1640056

http://www.independent.ie/world-news/africa/air-algerie-ah5017-crash-jet-fell-30000-feet-in-three-minutes-due-to-violent-storm-30475606.html

Tuesday, July 29, 2014

Doa Untuk Gaza...



                                    

Jika kita di sini seronok melihat dan bermain mercun dan bunga api...
Mereka di sana dalam keadaan ketakutan menantikan serangan  bom dan roket setiap saat...
Setiap waktu pasti ada sahaja tempat yang menjadi sasaran letupan bom pemusnah tanpa peri kemanusiaan...
Jika di sini langitnya meriah dengan pancaran warna bunga api disambut senyuman dan hilai tawa mata yang melihatnya tanda gembira...
Mereka di sana sentiasa mengalirkan air mata deras yang adakalanya seperti sudah kering hingga menyebabkan tubuh mereka semakin gering dan negaranya semakin kontang akibat bedilan peluru dan bom di merata tempat...






Jika di negara lain banayk terbina bagunan pencakar langit, masjid  yang indah, rumah yang mewah...
Mereka di sana setiap waktu pasti ada saja bangunan yang di musnahkan....
Kamu sebut saja, rumah, sekolah, bangunan, masjid semuanya di bom...
Jika menjelang Ramadan dan Aidilfitri orang lain sibuk menghias bangunan-bangunan itu, mereka di sana kehilangan bagunan itu setiap waktu...



Jika di sini kelahiran anak kecil di sambut penuh meriah dan gambar bayi itu dikongsikan pula di Istagram dan Facebook tanda gembira menyambut kelahiran baru...
Di sana, bayi-bayi disana sedari usia mereka masih bayi sudah didik supaya berdikari..
Kerana apa?
Kerana sejak bayi mereka kehilangan semuannya... Kehilangan ibu, ayah, abang, kakak, saudara, malah tempat tinggal juga musnah...





Jika kanak-kanak kita di sini, seronok pergi ke sekolah menimba ilmu, ceria bermain bersama rakan-rakan, gembira bersiar-siar pergi beraya bersama teman-teman...
Kanak-kanak di sana sayang sekali tidak dapat merasai nikmat begitu...
Sekolah mereka menjadi mangsa sasaran bedilan peluru...
Saban waktu mereka ke sekolah dalam keadaan ketakutan dan berjaga-jaga...
Taman permain juga musnah...
Rumah mereka hancur..
Mereka kehilangan teman sepermainan..
Mereka kehilangan sahabat karib....
Mereka kehilangan adik...
Kanak-kanak dan bayi yang tidak berdosa dibunuh dengan kejam di sana...
Wanita dan warga tua yang lemah juga di bunuh...
Negara mereka musnah...
Kini yang tinggal hanyalah serpihan batu dan debu yang menikam kalbu...
Lalu pada siapa kanak-kanak ini mahu mengadu...?
Adakah pada dunia yang semakin kaku diam tanpa bergerak seperti batu...?



P/s:            Saya selaku pemilik blog (hhtp://merpatiputih88.blogspot.com) menulis ini atas dasar tanggungjawab saya untuk memberikan kesedaran kepada kita semua yang Negara Palestine itu perlu di bantu dan usah kita biarkan mereka sendiri dalam melalui dugaan begini...

                Harusnya kita ini bersyukur, kerana kita di sini masih boleh pergi ke sekolah, tempat kerja, masih boleh bersiar-siar tanpa diganggu bedilan peluru..Jadinya janganlah kita sia-siakan nikmat yang telah dikurnia ini, hargaikah ia...Dalam pada kita berseronok menyambut Raya, jangan dilupa pada mereka yang sedang menderita di sana...Doakan untuk mereka dan jika mampu hulurkanlah sumbangan buat mereka...

Anda boleh menderma melalui tabung Aman Palestine Malaysia:

http://www.amanpalestin.net/
https://www.facebook.com/AmanPalestinOfficial

Akhir kata dari saya, Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin...

Thursday, May 29, 2014

Puisi Buat Ibu...




Ibu,
Terima kasih kerana telah melahirkan dan membesarkan ku....
Ibu,
Terima kasih kerana sentiasa menjaga ku di waktu sihat dan sakit...
Ibu,
Terima kasih kerana sentiasa menjadi sahabat sejati yang sudi mendegar luahan isi hati..
Ibu,
Terima kasih kerana sentiasa memberi kata-kata semangat, nasihat dan motivasi...
Ibu,
Di saat ku terjatuh kamu memberi kekuatan pada ku untuk bangkit semula..
Ibu,
Di saat ku kecewa kamu sentiasa memujuk hatiku supaya menjadi insan yang penyabar dan memaafkan..
Ibu,
Kamu ibarat pelita penyuluh kegelapan,
Kamu ibarat tongkat untuk ku berpaut,
Kamu ibarat payung untuk ku berteduh,
Kamu ibarat kapal untuk ku belayar menempuh arus ombak hidup,
Ibu,
Kamu terlalu istimewa buat diriku,
Tiada galang gantinya dan cuma kamulah satu...
Dan tidak dapat ku bayangkan hari-hari ku tanpa seorang ibu disisi,
Tanpa doa ibu mithali pasti hari itu terasa kosong,
Jika kamu tiada lagi,
Pasti hidupku berlagu sunyi bertemankan sepi,
Maka kuatkanlah semangat kamu wahai ibu ku...
Kerana setiap kesakitan itu pasti ada penawarnya...
Ku berdoa semoga ibu dipanjangkan usia, sembuh dan sihat seperti sediakala...



P/s:- Puisi ini adalah hasil nukilan dan idea sepenuhnya dari saya selaku pemilik dan penulis  blog ini                ( http://merpatiputih88.blogspot.com). Hak Cipta Terpelihara. Sebarang bentuk penerbitan semula adalah dilarang sama sekali. Puisi ini saya tujukan khas buat ibu saya, semoga beliau cepat sembuh dari penaykit yang dihidapinya dan tabah menghadapi dugaan demi dugaan...

P.P/s: Maaf kerana sudah terlalu lama tidak update blog ini, dan sudah terlalu lama tidak menyinggah           ber- blog walking membaca blog kamu semua... Saya agak sibuk kebelakangan ini, jika ada masa terluang pasti saya akan update macam dulu-dulu... Terima kasih buat kamu-kamu yang sudi berkunjung ke blog saya yang tidak seberapanya ini walaupun sudah bersawang labah-labah blog saya ini... :') :)

Friday, April 18, 2014

Sayangi Diri Kita dan Jagalah Kesihatan....



Kadangkala bila kita dikurnia kesihatan yang sempurna, tubuh badan yang segar, akal yang cerdas..
Kita kurang menjaganya...
Kita cemarinya...
Kita tidak ambil berat dengan kesihatan kita...
Ada diantara kita yang kurang bersenam atau sama sekali langsung malas mahu bersenam...
Ada diantara kita yang tidak menjaga pemakanan, malah bedal saja apa yang kita rasa sedap di tekak kita...
Ada diantara kita yang terlalu sibuk dengan urusan kerjaya hingga memaksa tubuh badan sendiri untuk berkerja 24 jam sehari tanpa henti..
Malah da diantara kita yang bersenang-senang menghisap rokok, meminum arak dan mengambil dadah...

      Tidakkah kita sedar yang ini semua boleh mengakibatkan masaalah kepada kesihatan kita? Bila  kita yang tidak sihat, kita mudah-mudah salahkan takdir dan terus persoalkan aturan Tuhan? Soalnya, adakah kita adil pada diri kita sendiri ?  Adakah kita menjaga nikmat kesihatan yang telah dikurnia kepada kita ini ???  

      Ingat kita kena jaga pemakanan kita, kena kawal pemakanan kita dan bukannya makan ikut nafsu...Makanlah secara bersederhana... Sesuatu yang sedap dimakan / diminum , tak semestinya bagus di makan / di minum banyak-banyak...  Banyakkan memakan sayuran dan buah-buahan serta ulam-ulaman... Kurangkan makanan berlemak, berminyak, terlalu manis atau terlalu masin... Kerana jika kita tidak menjaga makan dari waktu muda nanti kelak pabila usia meningkat pelbagai penyakit pula melekat...Pada ketika itu bayak yang kita suka makan (makan dengan banyak) ketika ini sudah tidak boleh dimakan lagi...Macam-macam pula kena pantang...Waktu itu, janganlah kita salah kan takdir semata-mata...  Kerana semuanya bermuala dari kita juga, yang kurang peka dan kurang jaga pemakanan / minuman untuk kesihatan diri...


        Jika kita ini sibuk dengan urusan kerja, business dan keluarga kita tetap kena luangkan masa untuk rehatkan tubuh dan minda kita sebentar... Ingat kita bukan Robot...Tubuh kita perlu rehat..Malah Robot juga boleh rosak... Jadi manusia juga boleh sakit... Sekali sekala pergilah beriadah atau bersiar-siar,bersenam di gym atau berjogging, bershopping atau bercuti ke mana-mana tempat yang kita suka atau teringin sangat nak pergi... Rehat-rehatkan lah tubuh kita dengan pergi membuat rawatan di spa sebagai contoh... Sekali sekala badan kita perlukan rehat dan dimanja-manja... Kita perlu bertenang, dan untuk itu kita perlu situasi yang tenang untuk rehatkan minda sebentar jauh dari stress mahupun  masaalah yang kita sedang hadapi...


    Jika kita sayangkan diri kita jauhkanlah diri kita dari aktiviti yang boleh mencemarkan kesihatan kita macam merokok dan jauhkan lah diri kita dari terkena asap rokok oleh orang yang merokok.... Jika kita sayangkan diri kita janganlah mengambil dadah atau memnium arak, ia hanyalah hiburan dunia semata yang boleh membawa kemusnahan kepada kesihatan diri dan meruntuhkan sahsiah diri dan keluarga secara keseluruhannya... Ketiga-tiga aktiviti ini teralau banyak kemudaratannya jika hendak dihuraikan semua... Kebaikannya pula langsung tiada.... Oleh itu jauhkan lah diri kita dari aktiviti yang tidak sihat dan sia-sia seperti ini...



       Bagi kita-kita yang masih sihat, jagalah kesihatan kita baik-baik... Itulah tanda kita bersyukur dengan nikmat kesihatan yang telah dikunia Illahi kepada kita... Dan buat anda yang sednag tidak sihat, jangan berasa terlambat untuk mula mengamalkan gaya hidup sihat, jaga pemakanan... Ingat tidak ada penyakit divdunia ini yang tiada ubatnya, kecuali mati.. Oleh itu jangan putus asa... Selamat Malam...  :)



p/s: Entry ini ditulis oleh saya selaku pemilik dan penulis blog ini. Maaf jika ada apa-apa kekurangan....Mendapat ilham menaip tentang ini, apabila saya baru saja sembuh dari demam...Ya..saya akui saya ini kurang bersenam, dan suka makan makanan manis-manis (malah sangat suka!) Saya akan cuba mengubah tabiat tidak elok (kuat makan makanan manis)...Semoga Saya berjaya  mengubahnya..
      
Kredit Gambar:  Google Image...

Special Notes For My Dear Darling

"Your love is like an ocean that’s flows into my soul,

Your voice is sweet like music that calms my lonely world,

Your hands is my protection from hurt deep down inside,

I can’t do much without you, I can't go on alone"~merpatiputih88.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...